3 Cara Buat Blog WordPress Load Lebih Laju

cara lajukan blog wordpressHari ni nak kongsikan tip buat blog dan lajukan blog WordPress. Sebabnya, salah satu kriteria yang juga boleh buat blog anda ranked higher di enjin carian Google ialah kelajuan website. Lagi laju website atau blog, lagi baguslah blog itu di mata Google. Jadi, potensi untuk disenaraikan lebih tinggi di enjin carian juga lebih tinggi berbanding blog yang perlahan.

Lagipun, bukan semua pembaca blog kita ada akses internet Unifi. Kebanyakan kita di Malaysia masih guna internet biasa-biasa je. Kalau dicampur pula dengan blog yang lambat loading dan internet perlahan, kemungkinan besar kita akan kehilangan pembaca. Tak semua orang boleh sabar dengan loading yang perlahan.

Jadi kat sini, ada beberapa cara untuk lajukan blog yang saya nak kongsikan.

Dan anda kena ingat, bila ramai pelawat blog atau website kita tinggalkan blog dengan cepat, ia sangat merugikan anda. Kenapa? Kerana, bila orang cepat keluar atau close paparan blog kita, ia meningkatkan bounce rate. Apa itu bounce rate? Ia merupakan kadar atau peratus orang tinggalkan blog kita dengan cepat. Dia masuk je, pastu terus klik CLOSE. Habis tu, iklan-iklan anda pun tak sempat loading, artikel anda pun dia tak sempat baca, barang anda nak jual pun dia tak sempat tengok. Rugi kan? Ini yang kita tak mahu bila blogging ataupun bila berniaga di internet. Kita nak, orang duduk lama-lama dalam blog. Sama macam pergi supermarket juga. Orang supermarket tak suka kita keluar cepat. Dia nak kita duduk lama-lama supaya kita membeli.

Jadi apa anda perlu buat?

Buang plugin-plugin yang tak diperlukan. Buang terus.

Semasa anda install WordPress di blog, ia didatangkan dengan dua plugin yang saya tak tahu apa fungsi. Iaitu Holly Dolly dan juga Akismet. Dua-dua plugin ni boleh je buang terus. Sebab kita tak guna pun plugin dua benda ni. Macam membazir ruang hosting je. Begitu juga dengan plugin yang tak penting. Ingat, lagi banyak plugin yang tak diperlukan lagi lama masa diambil untuk load blog atau website. Hanya install plugin penting-penting sahaja. Antara plugin yang saya install ialah Jetpack, W3 Total Cache, All in one SEO Plugin, WP-Spamshield, dan Easy Watermark. Nanti saya explain pasal semua plugin ni dalam post lain.

Upload gambar yang kecil-kecil je saiz

Kalau kita jenis yang suka upload gambar, terutamanya blogger yang tulis pasal melancong, surely gambar yang diambil dari kamera tu saiznya antara 4-8 mb. Maklumlah, gambar dari kamera SLR atau pun DSLR. Jadi, kecilkan dulu saiz gambar tu kepada saiz biasa-biasa je. Selalunya saya hanya upload gambar bersaiz 800 x 600 maksimum. Pastu, guna plugin Easy Watermark untuk buat watermark pada gambar. Dengan guna plugin Easy Watermark, semua gambar yang anda upload di blog akan ada watermark secara automatik. Tak perlu edit setiap satu gambar. Cara untuk kecilkan gambar secara batch pula (bagi yang nak upload banyak gambar), boleh guna Irfan View, iaitu dengan guna fungsi batch editing. Kat sini ada banyak masa yang tenaga yang anda boleh jimat. Kenapa kena ada watermark pada gambar? Ini supaya kita dapat kurangkan pencuri gambar di internet. Sesetengah pencuri gambar ni, dia pandai..dia nak jimat bandwidth dia dengan cara curi gambar dengan sedut gambar melalui URL. Jadi, anda juga yang rugi bandwith nanti.

Juga, dengan gunakan Jetpack, anda boleh aktifkan Photon apps. Bila activate photon, gambar anda akan diupload di WordPress.com dan akan ada copy kat situ, jadi ia akan load lebih cepat. Saya dah test di blog saya yang lain, memang ia sangat-sangat membantu untuk kita loading website/blog.

Gunakan cache plugin

Cache plugin ni penting. Saya buat analogi mudah begini ya. Anda ada satu memo, dan nak diberikan kepada setiap orang di pejabat. Anda akan buat fotokopi memo tersebut supaya anda tak perlu salin memo itu satu-satu atas setiap helai kertas untuk diberi pada setiap orang.

Jadi, fungsi cache plugin ni ialah ia akan buat cache (copy) dan setiap pembaca akan dapat copy tersebut. Ia sangat menjimatkan masa, di mana blog akan ambil dari cache tersebut dan bukan ambil kandungan setiap kali orang nak baca. Plugin yang saya gunakan ialah W3 Total Cache.

Blogger koko